Mahkamah | RM6 juta upah datasonic jadi pembekal cip pasport

2022-03-23 0

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatan beliau mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.
Jelas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd.